Jumaat, 20 November 2009

Ikhlas kan diri..



Ikhlas?

Apa itu ikhlas?

Apakah aku ikhlas? Benarkah aku ikhlas? pernahkah aku ikhlas?

Jika soalan itu ku tujukan pada diriku, apakah aku benar-benar memahami erti ikhlas dengan sesungguhnya? Semakin lama dipikirkan, semakin banyak keluar nanah-nanah, daki-daki yang kusimpan selama ini. Adakah aku tidak ikhlas? Sehingga terkadang, di dalam satu pekerjaan yang ku lakukan, pasti ada rungutan dan dengusan nafas yang menjadi ketidakpuasan hatiku. Apa sahaja tindakan seseorang di dalam ruang lingkup pekerjaan bersama ku, yang tidak disukai akan menjadi satu masalah pula bagi ku untuk menerimanya. Sehingga terkadang aku menjadi benci yang amat sangat untuk melakukan sesuatu pekerjaan sehingga menjejaskan keihlasan hati ku untuk sesuatu perkara yang ku lakukan.

Bagi diri ku, tidak akan menjadi ikhlas seseorang apabila satu rungutan kecil dalam hati telah terlepaskan. Dan mungkin kerana ketidak ikhlasan kecil berbisik di hati menyebabkan aku semakin terbeban dengan masalah kecil, sehingga membawa kepada masalah yang lebih besar. Daripada sekecil-kecil telah menjadi semakin membesar dan semakin banyak bertimbun-timbun akibat menangguh sesuatu pekerjaan dengan begitu lama. Dan mungkin keikhlasan di hati yang tidak dimaksimumkan menjadi asbab dan akibat kemalasan melanda diri ini.

Ya.. Aku Perlu Ikhlas...

Aku perlu belajar untuk menjadi lebih ikhlas, aku perlu perbetulkan niat, tetapkan destinasi hala tuju hidup, tetapkan pendirian, teguhkan istiqamah dan segala cara lagi untuk menjadikan aku lebih faham dan jelas pada matlamat hidup. Agar ikhlas lebih benar terpancar, bukan hanya dari mulut, tetapi dari hati dan kemudian diaplikasikan melalui perbuatan dan segala tindakan. Insyaallah, kerjaku akan jadi mudah dan menyenangkan kerana aku percaya,,

Ikhlas perlu ada...


jiwa..


1 ulasan:

  1. keikhalasan itu tidak mampu dinilai oleh kita manusia biasa. keikhlasan itu hanya mampu diukur oleh yang maha Esa..kita hanya mampu mendoakan keikhlasan seseorang dengan mengucapkan saya yakin anda ikhlas..amin..tidak seorang pun sebenarnya boleh mengaku keikhlasan dirinya "saya ikhlas ni"..cara ini silap..umpamannya..mana ada orang gila mengaku gila dan orang jahat mengaku dirinya jahat..yang terbaik adalah sematkan segala perbuatan dengan kalimah agung 'Lillahita'ala'..insyallah..///

    BalasPadam