Jumaat, 20 November 2009

berjiwa manusia

Sengaja aku menulis dalam ruangan ini demi mencari sebuah penilaian dan muhasabah diri. Dalam ruang legar masa yang tidak cukup panjang, cukuplah sekadar aku katakan bahawa kehidupan yang sementara ini tersangat-sangatlah singkat bagi diriku.

Aku perlu pergunakan masa dengan sebaiknya, kerana amalan dan segala perhitungan dosa dan pahala sudah menjadi tanggung jawab bagi diriku sendiri. Sanggupkah aku berdepan dengan Ya Rabb dengan segala kelemahan dan kekurangan ku ini?? sanggup kah aku menghadapi alam-alam selepas kehidupan ini? Rugi dan teramat rugilah bagi diriku kerana sesungguhnya pelaksanaan amalan yang kurang dan tidak istiqamah dari diri yang lemah ini ternyata menzahirkan ketidaksediaan aku untuk berdepan dengan Ya Rabb. Apakah aku tidak takut andai ditarik nyawa ku sebentar lagi?? Seminit, 2 minit, sehari atau esok hari???

Ya Allah, ampunilah dosa-dosa ku.. hamba mu yang lemah ini hanya mengharapkan limpahan rahmat, kesejahteraan dari mu.. hanya pada mu...


jiwa..

1 ulasan:

  1. dengan itu perlunya kita memahami tahap-tahap kehidupan yang ada 7 tahap bermula di alam luhmanfuz sehingga ke alam barzakh..dan ada hikmahnya islam mementingkan kesederhanaan kerana hidup berajakan nafsu dan membelakangi iman sesungguhnya membawa kita kearah kerosakkan..dan paling indah jika memahami seruan yang disanjung tinggi S.A.W 'hari ini lebih baik dari semalam"..wasalam..

    BalasPadam