Alhamdulillah...
masih lagi aku diberi kekuatan mencerna aksara-aksara bagi memberi makna dan panduan kepada diri ku.. biarlah sahaja noktah tinta ini tidak dibaca oleh sesiapa pun. Tetapi yang paling penting ada sesuatu yang harus aku lihat di masa hadapan agar ianya menjadi rujukan dan kenangan yang boleh menjadikan aku tersenyum sendirian ketika mungkin 2, 3 ,4 malah sehingga 10 tahun pun, kata-kata di sini dapat ku singgah menjenguk untuk melihat kembali apa yang pernah aku nukilkan saat ini.
boleh jadi aku akan tertawa, boleh jadi tersenyum, boleh jadi juga aku bersedih, boleh jadi aku menangis... dan mungkin boleh jadi juga aku keliru. Kerana aku masih tidak pasti bagaimana nasib ku nanti. Adakah aku menjadi orang yang lebih baik, mampukah aku menjadi orang yang berguna, kekalkah aku pada sifat-sifat dan peribadi terdahulu. Semuanaya tidak dapat ku tafsirkan.. Sungguh-sungguh aku tidak tahu bagaimana nanti takdir diriku.. Harapanku dan doa kudus ku, biarlah mati jasad ini berjinjit keredaan Allah, biarlah terkubur jasad ini, jiwanya masih tetap bersandar kehadrat tuhan yang maha Penyayang.
Semoga aku tersenyum melihat nukilan ini, dan syugia aku reda akan diriku dan apa yang berlaku kepada ku selepas ini,, HANYA KEPADA ALLAH KU ZAHIRKAN HARAPAN.....
JIWAKU...
teruskan menulis.. :)
BalasPadam