Jumaat, 12 November 2010

Sebuah lagu yang syahdu dengan bait2 yang menusuk kalbu

Cenderawasih


Cenderawasih burung kayangan
Tuanku putih kilau keemasan
Pandanglah hamba si gagak hutan
Sebelah mata pun hamba tak terkilan

Cenderawasih burung kayangan
Tuanku putih kilau keemasan
Adumu bercadarkan pintalan gemawan
Tidur hamba beralas reranting hutan

Tak hamba terkelindan sayap dipatahkan
Tak hamba terkilan telur hamba dipecahkan
Hamba akur dengan suratan
Hamba akur dengan kehendak Tuhan
Hamba akur berketurunan bermandi hinaan

Cenderawasih burung kayangan
Tuanku putih kilau keemasan
Kau pinta didodoikan rintikan hujan
Ku mampu rintih senandung kedukaan

Penat hamba menanam ubi
Ramai berladang nenas di seberang
Penat hamba menabur budi
Emas jua dipandang orang

Orang cina menghisap madat
Duduk di bangku berkain chukin
Hina besi kerana berkarat
Hina manusia kerana miskin

Cenderawasih burung kayangan
Tuanku putih kilau keemasan
Kau pinta didodoikan rintikan hujan
Ku mampu rintih senandung kedukaan

Aduhai cenderawasih pintamu keterlaluan
Kau inginkan hamba kalungkan bulan
Kau kepinginkan kerabu dari bintang berkerdipan
Kau dambakan rantai untaian buih lautan

Khamis, 11 November 2010

Estetika air dan sebuah harapan

Indah hidup ini, serasa nyaman diri. Terasa bagai ada sesuatu citra yang hadir. Tidak aku jangkakan seperti ini ianya hadir. Tidak aku bayangkan Allah berbicara melalui pengalaman indah yang aku dapatkan. Tidak aku dambakan seperti apa aku mimpikan. Ianya hadir ibarat air yang mengalir, dicurah air dari atas, ke bawah jua ia pergi. Walaupuan akan ada halangan, namun air tetap air,.. ia tetap mengalir mengikut aturan alam.

Namun aku teringat pada satu kata dalam sepantun lagu "umpama air di kali, begitulah kita, diibaratkan seakan terlupa pada NYA". Jika sekali pandang, ia hanyalah serungkai kata sekadar untuk penyedap kepada sebuah lagu. NAMUN jika kita faham dan kita selusuri pada maksud kata ini, kita akan dapat lihat dari sifat air itu sendiri. Yang mana ia nya jatuh dari gunung membawa ke laut yang luas. Dan kita akan faham bahawa air yang keluar itu akan semakin menjauh dan tidak akan sesekali kembali ketempat punca keluarnya air itu. Ya, jangan kita menjadi seperti air yang semakin jauh daripada puncanya keluar, ibaratnya kita semakin jauh daripada Maha Pencipta kita, Allah yang Esa!! Semakin jauh dan terus menjauh....

Masyaallah!! bertapa estetikanya dunia pada sesuatu tempat kita memandang. Jika kita melihat sesuatu perkara dengan kebaikan, maka kebaikan lah yang akan kita lihat. Jika sebaliknya, itu jualah yang akan kita terima. Begitulah maksudnya pada kita memandang air tadi..

Dalam remang-remang malam begini, aku tersenyum sendiri. Aku tersenyum pada sesuatu yang tidak aku jelas. Aku tidak tahu apa benar aku ditemukan pada sesuatu yang benar untukku. Namun , aku bertekad, akan ku ambil! Akan ku gapai! Akan ku usaha! Ku pertahankan! Walaupun benar ia masih bukan lagi ku miliki, tetapi usaha ku tidak pernahkan luntur, aku tidak percaya pada jalan yang tertutup. pasti akan ada jalan keluar. Ku selesaikan dengan ikhtihar dan aku bergayut di laman rindu.. mudah-mudahn Dikau merestuiku... PERJUANGAN MENUNTUT PENCERAHAN MASA HADAPAN!!!

Rabu, 10 November 2010

Akankah aku ketawa bila melihat diriku yang dulu kembali...?

Alhamdulillah...

masih lagi aku diberi kekuatan mencerna aksara-aksara bagi memberi makna dan panduan kepada diri ku.. biarlah sahaja noktah tinta ini tidak dibaca oleh sesiapa pun. Tetapi yang paling penting ada sesuatu yang harus aku lihat di masa hadapan agar ianya menjadi rujukan dan kenangan yang boleh menjadikan aku tersenyum sendirian ketika mungkin 2, 3 ,4 malah sehingga 10 tahun pun, kata-kata di sini dapat ku singgah menjenguk untuk melihat kembali apa yang pernah aku nukilkan saat ini.

boleh jadi aku akan tertawa, boleh jadi tersenyum, boleh jadi juga aku bersedih, boleh jadi aku menangis... dan mungkin boleh jadi juga aku keliru. Kerana aku masih tidak pasti bagaimana nasib ku nanti. Adakah aku menjadi orang yang lebih baik, mampukah aku menjadi orang yang berguna, kekalkah aku pada sifat-sifat dan peribadi terdahulu. Semuanaya tidak dapat ku tafsirkan.. Sungguh-sungguh aku tidak tahu bagaimana nanti takdir diriku.. Harapanku dan doa kudus ku, biarlah mati jasad ini berjinjit keredaan Allah, biarlah terkubur jasad ini, jiwanya masih tetap bersandar kehadrat tuhan yang maha Penyayang.

Semoga aku tersenyum melihat nukilan ini, dan syugia aku reda akan diriku dan apa yang berlaku kepada ku selepas ini,, HANYA KEPADA ALLAH KU ZAHIRKAN HARAPAN.....

JIWAKU...

aku...

banyak perkara yang ingin diluahkan,,, namun sebanyak itu jua lah aku diam dan pendamkan.. terlalu banyak yang berlaku.. daripada berputik perasaan sehingga membawa kepada,,, tiada apa2... daripada aku semakin x berdaya,,, aku kini menjadi seorang yang semakin cekal dan ampuh, tabah, serta licik mengatur ruang... menjadi pemikir dalam ruang aksara,, aku berfikir secara induksi mencari telahan diri,, disayuti pengalaman nan berduri....

Sabtu, 21 November 2009


Alhamdulillah..


Selesai sudah, apa yang di rancangkan pada hari ini. Usai udah perjumpaan yang memakan masa 3 jam tadi. Lama sungguhkan untuk sebuah perjumpaan? Walaupun lama, aku masih rasa ada hikmah disebalik apa yang aku lalui hari ini.

Alhamdulillah


Bersyukur sangat-sangat dengan pengumuman oleh ketua aku tadi. Ini lah peluang yang aku tunggu-tunggu. Mugkin boleh mengurangkan kekusutan hati, dan mungkin juga meleraikan permusuhan yang aku cipta akibat daripada kedangkalan dan onar dari diriku sendiri. Yup, kesilapan bodoh ku lakukan, menyebabkan aku terheret dalam masalah peribadi yang semakin menzahirkan kejahilan diri. Semakin menjauhkan ku pada realiti, mendatangkan kemalasan, menyentap kualiti masa, menyirap segala suka, menyimbah segala duka.. Pastinya akibat perkara bodoh itu..



Alhamdulillah..


Aku tidak menunggu masa, terus ku ajukan apa yang ingin ku utarakan pada ketua ku. Syukur kerana dia menerima dan akan memberi sokongan buat ku. Jika benar bagai dikata, aku ibarat terlihat cahaya, seolah-olah memberi ku semangat, memberi berkat dan atas limpahan cahaya yang menerangi diriku, umpamanya aku kedatangan kekuatan dengan fikrah yang baru...

Alhamdulillah..


Mudah2n sahaja, segala2nya membaik sahaja buat diriku... Amin..


Jiwa..

Jumaat, 20 November 2009

Ikhlas kan diri..



Ikhlas?

Apa itu ikhlas?

Apakah aku ikhlas? Benarkah aku ikhlas? pernahkah aku ikhlas?

Jika soalan itu ku tujukan pada diriku, apakah aku benar-benar memahami erti ikhlas dengan sesungguhnya? Semakin lama dipikirkan, semakin banyak keluar nanah-nanah, daki-daki yang kusimpan selama ini. Adakah aku tidak ikhlas? Sehingga terkadang, di dalam satu pekerjaan yang ku lakukan, pasti ada rungutan dan dengusan nafas yang menjadi ketidakpuasan hatiku. Apa sahaja tindakan seseorang di dalam ruang lingkup pekerjaan bersama ku, yang tidak disukai akan menjadi satu masalah pula bagi ku untuk menerimanya. Sehingga terkadang aku menjadi benci yang amat sangat untuk melakukan sesuatu pekerjaan sehingga menjejaskan keihlasan hati ku untuk sesuatu perkara yang ku lakukan.

Bagi diri ku, tidak akan menjadi ikhlas seseorang apabila satu rungutan kecil dalam hati telah terlepaskan. Dan mungkin kerana ketidak ikhlasan kecil berbisik di hati menyebabkan aku semakin terbeban dengan masalah kecil, sehingga membawa kepada masalah yang lebih besar. Daripada sekecil-kecil telah menjadi semakin membesar dan semakin banyak bertimbun-timbun akibat menangguh sesuatu pekerjaan dengan begitu lama. Dan mungkin keikhlasan di hati yang tidak dimaksimumkan menjadi asbab dan akibat kemalasan melanda diri ini.

Ya.. Aku Perlu Ikhlas...

Aku perlu belajar untuk menjadi lebih ikhlas, aku perlu perbetulkan niat, tetapkan destinasi hala tuju hidup, tetapkan pendirian, teguhkan istiqamah dan segala cara lagi untuk menjadikan aku lebih faham dan jelas pada matlamat hidup. Agar ikhlas lebih benar terpancar, bukan hanya dari mulut, tetapi dari hati dan kemudian diaplikasikan melalui perbuatan dan segala tindakan. Insyaallah, kerjaku akan jadi mudah dan menyenangkan kerana aku percaya,,

Ikhlas perlu ada...


jiwa..


berjiwa manusia

Sengaja aku menulis dalam ruangan ini demi mencari sebuah penilaian dan muhasabah diri. Dalam ruang legar masa yang tidak cukup panjang, cukuplah sekadar aku katakan bahawa kehidupan yang sementara ini tersangat-sangatlah singkat bagi diriku.

Aku perlu pergunakan masa dengan sebaiknya, kerana amalan dan segala perhitungan dosa dan pahala sudah menjadi tanggung jawab bagi diriku sendiri. Sanggupkah aku berdepan dengan Ya Rabb dengan segala kelemahan dan kekurangan ku ini?? sanggup kah aku menghadapi alam-alam selepas kehidupan ini? Rugi dan teramat rugilah bagi diriku kerana sesungguhnya pelaksanaan amalan yang kurang dan tidak istiqamah dari diri yang lemah ini ternyata menzahirkan ketidaksediaan aku untuk berdepan dengan Ya Rabb. Apakah aku tidak takut andai ditarik nyawa ku sebentar lagi?? Seminit, 2 minit, sehari atau esok hari???

Ya Allah, ampunilah dosa-dosa ku.. hamba mu yang lemah ini hanya mengharapkan limpahan rahmat, kesejahteraan dari mu.. hanya pada mu...


jiwa..